Sunday 4 December 2011

Kemahiran menulis


Tulisan ialah lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan , fikiran dan idea.Menulis adalah proses memindahkan lambang –lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi –bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Peranan Tulisan
  • Untuk mendirikan       asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea , fikiran serta perasaan dengan baik , pantas dan cekap.
  • Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata , perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
  • Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan , perhubungan serta matlamat hidup.
  • Untuk menyediakan ,menyemai ,mengasah serta mengukuhkan minat serta mengukuhkan minat serta bakat kanak –kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden.
  • Untuk menghasilkan bentuk –bentuk penulisan kreatif  seperti pantun,syair ,sajak dan lain- lain bentuk  puisi  dan prosa yang dapat menberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran , perasaan bukan shaja diri kanak – kanak itu sendiri , bahkan juga seluruh insane umumnya.
Peringkat –peringkat perkembangan Bahasa
a)pra tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak –kanak bagi menyediakan  diri ke arah melahirkan lambang – lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat . Pada peringkat kanak –kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan= bahn yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

b)tulisan mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan ,sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta duduk dengan betul dan selesa .Sebagai permulaan untuk memberi  kemahiran dalam penulisan mekanis  murid –murid diminta membentuk huruf –huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan .Setelah kemahiran didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan .Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa lembaran bergaris kecil/sempit.

c) tulisan kreatif
Diperingkat ini diharapkan kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk membina ayat , mengarang cerita , mengarang pantun ,sajak ,teka –teki  dan menulis surat kiriman.



Mari mengenal stevia


 

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.


Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Sunday 30 October 2011

Kemahiran Membaca


Dewasa ini kita masih lagi terdengar ada segelintir murid masih tidak dapat membaca walaupun telah berada di tahun 4,5 dan 6. Program Protim telah dijalankan untuk menangani masalah tersebut.Dalam kajian telah mendapati bahawa kemahiran membaca masih belum dikuasai oleh murid tersebut.

Masalah –masalah dalam bacaan 

  •  boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
  • mengeja sebelum membaca.
  • boleh membatangkan suku kata tetapi gagal untuk menyebutnya.
  • menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan.
  • menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
  •   salah menyebut perkataan yang seakan – akan rupanya.
  •  keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
  •  salah menyebut /membunyikan perkataan yang seakan – akan sama.
  •   menyebut perkataan mengikut loghrat.
Kesukaran membaca peringkat ayat
  •  menggantikan perkataan dengan perkataan yang lain.
  • tertinggal.
  • pembalikan perkataan.
  •  mengulang.
  •   merangkak – rangkak.
  • membaca mengikut loghrat.





Friday 28 October 2011

Perpustakaan Sk Selayang Jaya

Aku sebagai Guru Perpustakaan & Media
Hari -hari kerjaku bersama buku.Di situ duniaku di SKSJ.Seawal 7.00 pagi lagi aku sudah mula menyusun buku yang ada.Buku - buku menjadi kawaku di sini.Aku lebih senang bersama buku yang bertimbun daripada bersama orang yang semestinya banyak cerita dan kerenah.


Jika ada yang sudi untuk melawat ke duniaku , marilah datang ke Sk Selayang Jaya,Batu Caves ,Selangor